Thursday, 23 February 2017
Wednesday, 22 February 2017
Monday, 20 February 2017
Penerapan Nilai-Nilai Aspirasi
Penerapan Nilai-Nilai Aspirasi
Nilai-nilai aspirasi yang digagaskan dalam konsep
1Malaysia ialah nilai-nilai yang perlu ada pada masyarakat progresif dan
dinamik yang akan memacu negara ke arah mencapai status negara maju.
Nilai-nilai aspirasi ini akan membantu dalam mewujudkan
tenaga kerja yang berdaya maju dan mampu bersaing dalam persekitaran global dan
ini seterusnya akan membantu melonjakkan kedudukan ekonomi negara ke tahap yang
lebih kukuh dan mantap.
Budaya Berprestasi Tinggi
Sifat memastikan setiap perkara dan setiap tugas yang
dilakukan mencapai tahap yang terbaik. Sikap sambil lewa atau “acuh tak acuh”
tidak boleh wujud dalam masyarakat yang berdaya maju.
Tidak boleh wujud budaya ‘lebih-kurang’ iaitu sesuatu
perkara dilakukan hanya setakat yang termampu tetapi bukan yang terbaik. Setiap perkara yang dijalankan haruslah mencapai tahap
terbaik dan bertaraf dunia serta kepimpinan yang dijalankan adalah berasaskan
prestasi.
Pengamalan budaya cemerlang dan berprestasi tinggi akan
membawa Malaysia ke tahap kejayaan serta pencapaian yang lebih tinggi. Kejayaan
dan pencapaian masyarakat dan negara bergantung setakat mana budaya
kecemerlangan diamalkan oleh rakyatnya. Budaya ini perlu dilaksanakan secara
berterusan dengan mementingkan prestasi sebagai pengukuran tahap pencapaian
atau kemajuan.
Budaya Ketepatan
Sebagai rakyat sebuah negara yang berhasrat mencapai
status negara maju, rakyat Malaysia perlu dikenali dengan budaya ketepatan,
termasuklah menepati waktu dan mengutamakan kecekapan dalam melaksanakan semua
tugas dan kewajipan.Perkhidmatan yang dilakukan mestilah berdasarkan kepada
kualiti yang bagus dan perlu dijalankan secara berterusan.
Ketepatan juga bermaksud setiap perkara termasuk
tindakan, komunikasi, janji, masa dan ukuran haruslah dilaksanakan dengan
tepat.
Budaya Ilmu
Sesebuah negara hanya akan benar-benar maju dan berjaya
apabila rakyatnya memiliki ilmu pengetahuan yang tinggi.Budaya ilmu ialah
kecenderungan untuk sentiasa memburu pengetahuan yang terkini dan kesediaan
untuk menimba ilmu sepanjang hayat. Kekuatan dan
ketahanan adalah berasaskan
kepada masyarakat yang berpendidikan dan
berpengetahuan mengatasi kekuatan ketenteraan.
Negara perlu memiliki
masyarakat yang mengutamakan pendidikan dan penge-tahuan dari segala-galanya. Budaya
membaca berupaya melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu dan mem-punyai minda
yang sentiasa terbuka.
Integriti
Rakyat Malaysia perlu memiliki integriti yang tinggi
dalam melaksanakan sebarang tugas dan tanggungjawab agar bangsa dan negara
sentiasa disegani dan dihormati oleh semua pihak.
Integriti merangkumi sifat-sifat amanah, bersih dan cekap
dalam melakukan sebarang tugas dan melaksanakan tanggungjawab. Berusaha memperbaiki kesilapan dan setiap perkara serta
tindakan yang gagal atau salah perlu diperbaiki bagi men-dapatkan hasil yang
sempurna.
Menerima kritikan dan teguran dengan hati yang terbuka
walaupun perkara ini sukar diterima oleh sesetengah pihak. Segala kritikan dan
teguran perlu dijadikan iktibar dan panduan untuk membetulkan kesilapan dan
kesalahan yang dilakukan.
Mengetepikan kepentingan peribadi dalam segala tindakan
dan perlakuan. Kepen-tingan negara perlu diletakkan mengatasi segala
kepentingan lain. Sifat ingin mengutamakan diri, keluarga dan kelompok tertentu
perlu dijauhi.
Ketabahan
Ketabahan dalam mengharungi masalah dan cabaran yang
mendatang. Rakyat Malaysia seharusnya bersifat tidak mudah mengaku kalah,
sebaliknya perlu memiliki keyakinan diri yang tinggi serta semangat juang yang
kental dalam apa jua bidang yang diceburi.
Penggemblengan semangat bekerja keras, dedikasi serta
tabah menghadapi segala rintangan dan dugaan adalah ramuan yang terbaik mencapai
sesuatu matlamat.
Ketabahan dalam menghadapi per-ubahan peribadi wajar
dijadikan wadah bagi memperbetulkan kesilapan atau kegagalan perkara-perkara
yang terdahulu. Sikap mudah mengalah, kecewa dan menyerahkan kepada takdir
perlu dikikis jika ingin maju dan berjaya. Semangat juang yang tinggi dan
berpendirian teguh perlu ada bagi mencapai kejayaan diri, masyarakat dan
negara.
Kesetiaan
Prinsip kesetiaan amat diperlukan dalam
apa jua keadaan. Kesetiaan
kepada Raja dan Negara, prinsip
kedua Rukun Negara wajib
dipegang erat oleh setiap rakyat
negara ini tanpa berbelah bahagi. Semua kaum perlu mengutamakan kesetiaan
dan kepentingan kepada negara mengatasi kesetiaan kepada kaum dan kelompok sendiri.
Kesetiaan sepenuhnya kepada negara Malaysia dan kesediaan untuk berbakti dan berkorban demi negara yang tercinta.
Kesetiaan kepada pemimpin
atau ketua di dalam sesuatu organisasi
adalah teras kepada kewibawaan, keteguhan, kejayaan
dan kecemerlangan. Pengikut perlu
menunjukkan kesetiaan dan ketaatan kepada ketua kerana organisasi yang berpecah dan tidak setia kepada arahan ketua
akan mengalami kehancuran.
Perhubungan dan ikatan yang kukuh melalui kesetiaan perlu
dilakukan dengan jujur dan ikhlas terhadap perhubungan sama ada dengan kawan,
keluarga atau pemimpin.Kesetiaan perlu disertai dengan ke-upayaan melaksanakan
tugas dengan cemerlang kerana kesetiaan atau perhubungan yang membuta-tuli
tanpa sebarang kemajuan adalah tidak bernilai.
Kebijaksanaan
Cara berhadapan dengan sebarang masalah dengan penuh berhemah
dan teliti agar tidak berlaku perkara-perkara yang menyinggung hati dan
perasaan mana-mana pihak yang lain.
Nilai ini juga perlu diikuti dengan kebijaksanaan membuat
sesuatu keputusan dengan tepat, tahu membezakan yang baik dan buruk, memiliki pemikiran
dan pandangan yang tepat, bijak meletak sesuatu kena pada tempatnya serta
tidak mudah terpengaruh dengan nafsu dan kepentingan sendiri.
Untuk memiliki nilai ini, beberapa ciri perlu dimiliki
antaranya mempunyai ilmu pengetahuan yang luas, cerdik, tetap dengan pendirian,
memiliki kemahiran mendengar, berdisiplin dalam berfikir serta sentiasa siap
sedia tanpa perlu terburu-buru.
Budaya Inovasi
Nilai ini adalah kesediaan kita sebagai rakyat Malaysia
untuk mencuba perkara baru dan berinovasi dalam apa jua lapangan yang kita
ceburi. Rakyat Malaysia perlu dikenali sebagai individu-individu yang mampu
menjadi pemimpin dalam bidang masing-masing.
Kita mesti berani berubah demi kebaikan, berani mencari
penyelesaian baru dalam menangani masalah dan sentiasa bersedia untuk menjadi
perintis dalam setiap bidang yang diterokai.
Sumber: Jabatan Penerangan Malaysia
Penerapan Nilai-Nilai Murni Sokongan
Penerapan Nilai-Nilai Murni
Ketiga-tiga Teras Perpaduan didokongi oleh nilai-nilai
murni berikut:
Kesederhanaan
Rakyat yang tergolong dalam kategori ini termasuklah
mereka yang sederhana dari segi pertuturan, berbelanja, berpakaian, makan
minum, serta sederhana dari segi aspek bekerja dan berehat.
Bagi pertuturan, sabda Rasulullah telah
menjelaskan bahawa “Bercakaplah menurut tingkat kecerdasan pendengar”
Sementara sederhana
dalam bekerja dan berehat bermaksud sentiasa menganggap kerja itu adalah suatu
ibadah dan melakukannya demi untuk membantu rakyat.
Rendah Hati (Tawadhuk’)
Untuk maju, sifat rendah hati juga perlu diamalkan dalam
diri setiap rakyat. Sifat sedia untuk mendengar, tidak sombong, tidak ego dan
tidak bongkak perlu diterapkan dalam diri kerana sesungguhnya Masyarakat
Malaysia menghargai orang yang merendah diri atau Tawadhuk.
Berbudi Bahasa
Sentiasalah amalkan sifat berbudi bahasa dengan siapa jua
sekalipun tanpa mengira status, kaum dan agama.
Setiap tutur kata harus
dijaga, tingkah laku harus tertib dan sentiasa bersopan santun ketika
berinteraksi.
Hormat-Menghormati
Setiap perbezaan yang ada di negara ini tidak kira
perbezaan kaum, agama, budaya dan kepercayaan haruslah dihormati dan dihargai
kerana itulah antara faktor yang menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang
unik di mata dunia.
Selain itu, hormatilah
juga dengan sejarah dan perjanjian yang berlaku pada satu ketika dahulu kerana
tanpa sejarah, tidak mungkin kita akan berada pada tahap kemodenan yang kita
sedang alami sekarang.
Sumber: Jabatan
Penerangan Malaysia
Penerapan Teras-Teras Perpaduan
Penerapan Teras-Teras Perpaduan
Menerapkan teras-teras
perpaduan sebagai budaya dan amalan semua rakyat Malaysia. Teras perpaduan ini
adalah komponen-komponen asas yang menguatkan semangat bersatu padu dalam
kalangan rakyat berbilang kaum.
Teras Perpaduan ini
disandarkan kepada tiga prinsip dalam memperkukuhkan perpaduan nasional iaitu:
1 PRINSIP PENERIMAAN
1Malaysia menekankan sikap penerimaan dalam kalangan rakyat berbilang kaum, di mana sesuatu kaum menerima keunikan kaum yang lain seadanya agar dapat kita hidup bersama dalam keadaan saling menghormati sebagai rakyat dalam satu negara.
Konsep penerimaan dan
toleransi adalah dua perkara yang berbeza sama ada daripada ungkapan mahupun
pelaksanaandi mana penerimaan akan memperlihatkan perlakuan yang positif
menerima sepenuhnya sesuatu perkara dengan ikhlas tanpa ada unsur paksaan. Manakala toleransi pula berlaku kerana tiada pilihan lain
atau secara terpaksa di mana ia berlaku apabila sesuatu pihak tiada pilihan
lain dan ianya diterima dengan ketidakjujuran.
2 PRINSIP KENEGARAAN
Konsep perpaduan,
semangat nasionalisme dan cintakan negara telah diterapkan dahulu lagi oleh
pemimpin-pemimpin terdahulu. Tunku Abdul Rahman melalui Parti Perikatan yang
dipimpinnya dengan dibantu oleh Tun Tan Cheng Lock dan Tun V.T. Sambathan
berjuang bagi mendapatkan kemerdekaan dan kebebasan daripada penjajah British
untuk Tanah Melayu.
Tun Abdul
Razak pula mengilhamkan Rukun Negara dan Dasar Ekonomi Baru (DEB)
yang tujuannya adalah untuk menyatupadukan rakyat berbilang kaum di negara ini
Tun Hussien Onn yang
sememangnya terkenal dengan usaha-usaha yang dilakukan untuk memupuk perpaduan
di kalangan rakyat sehingga diberi gelaran ‘Bapa Perpaduan’.
Tun Dr. Mahathir
Mohamad dan Tun Abdullah Hj. Ahmad Badawi pula membawakan Wawasan 2020 dan
konsep Cemerlang, Gemilang dan Terbilang sebagai gagasan untuk memupuk
perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum di negara ini.
Prinsip-prinsip
Kenegaraan berasaskan kepada dua perkara iaitu Perlembagaan Persekutuan dan
Rukun Negara. Perlembagaan Persekutuan Seperti
yang dijelaskan sebelum ini, Gagasan 1Malaysia
sesungguhnya sangat berbeza dengan konsep Malaysian Malaysia. Ini kerana
konsep 1Malaysia tidak sekali-kali akan menyimpang daripadakamus Perlembagaan
Persekutuan sebagai undang-undang negara sama ada secara tersurat mahupun
secara tersirat.
Malahan Gagasan
1Malaysia akan terus kekal menjunjung kesemua peruntukan teras, seperti yang
telah disebutkan di dalam Perkara 3, Perkara 4, Perkara 152, Perkara 153,
Bahagian 2 dan Bahagian 3.
Antara perkara teras
yang tercatat dalam Perlembagaan Persekutuan ialah Perkara 3, (1) yang
menyebutkan bahawa Agama Islam sebagai agama Persekutuan, tetapi agama-agama
lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan.
Bagi Perkara 4,
Perlembagaan memberi penegasan mengenai perkara Undang-undang Persekutuan di
mana perkara (1) menjelaskan bahawa Perlembagaan ini merupakan undang-undang
utama Persekutuan dan apa-apa undang-undang yang diluluskan selepas Hari Merdeka
dan berlawanan dengan Perlembagaan ini, maka ia terbatal dengan sendirinya.
Perkara 152 (1) merujuk kepada Bahasa Kebangsaan Persekutuan ialah Bahasa Malaysia dan hendaklah ditulis dalam apa-apa tulisan sebagaimana yang diperuntukkan dengan undang-undang oleh Parlimen.
Perkara 152 (1) merujuk kepada Bahasa Kebangsaan Persekutuan ialah Bahasa Malaysia dan hendaklah ditulis dalam apa-apa tulisan sebagaimana yang diperuntukkan dengan undang-undang oleh Parlimen.
Seperti yang
telah disebutkan dalam Perlembagaan Persekutuan
melalui Perkara 153 Fasal 1 “Adalah menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong
memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera mana-mana Negeri Borneo
dan kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan Perkara ini”.
Malah, jika kaum-kaum
lain menghayati dengan mendalam mengenai keistimewaan hak orang Melayu seperti
yang telah didokumenkan sejak dahulu lagi, maka tidak akan wujud perasaan
negatif di dalam diri.
Oleh yang demikian,
usahlah mana-mana pihak berasa khuatir atau
bimbang kerana Gagasan 1Malaysia ini tidak akan sekali-kali terpesong dari apa yang
telah dipersetujui dan dimuafakatkan
oleh kepimpinan negara pada
suatu ketika dahulu.
Sebagai makluman,
Perlembagaan Persekutuan yang berkuatkuasa sejurus selepas
kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 merupakan undang-undang yang
tertinggi di Malaysia dan mengandungi sebanyak
15 Bahagian dan 183 Perkara. Ia
merupakan satu dokumen undang-undang bertulis yangtelah dibentuk
berasaskan kepada dua
dokumen terdahulu iaitu Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan Perlembagaan Malaysia tahun 1957.
dokumen terdahulu iaitu Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan Perlembagaan Malaysia tahun 1957.
Rukun Negara
Ia merupakan ideologi kebangsaan Malaysia yang dibentuk pada 31 Ogos 1970 oleh Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) iaitu setahun selepas berlakunya tragedi 13 Mei 1969 yang menghancurkan perpaduan dan ketenteraman negara. Ia juga satu susunan cara ataupun prinsip hidup bermasyarakat yang mengandungi nilai-nilai kenegaraan dan norma-norma sosial yang meliputi semua aspek kehidupan bernegara untuk mencapai perpaduan kaum demi keharmonian dan kemakmuran negara Malaysia.
Ideologi negara ini
menggariskan lima prinsip yang lahir daripada aspirasi masyarakat dan negara
Malaysia, dibentuk mengikut acuan Malaysia dan dimiliki bersama oleh rakyat
Malaysia yang berbilang kaum dan agama untuk dijadikan sebagai pedoman yang
merupakan kunci kepada pembentukan masyarakat pelbagai kaum di Negara yang
berintegriti.
3 PRINSIP KEADILAN SOSIAL
Semua rakyat Malaysia akan terbela dan tiada mana-mana pihak akan dipinggirkan. Keadilan ini mestilah mengambil kira taraf kemajuan kaum-kaum yang berada pada tahap yang berbeza. Oleh itu, dasar-dasar kerajaan dan peruntukan-peruntukan Perlembagaan yang memberikan pembelaan kepada golongan yang memerlukannya, akan tetap dilaksanakan.
Melalui Gagasan
1Malaysia, setiap wakil rakyat bertindak melepasi sempadan kaum masing-masing
dan melebarkan khidmat mereka kepada kaum-kaum lain.
Namun begitu, Gagasan
1Malaysia yang mempunyai prinsip keadilan sosial bukanlah landasan bagi
mana-mana pihak untuk membuat tuntutan yang keterlaluan.
Sumber: Jabatan
Penerangan Malaysia
Task Force Inisiatif Perpaduan PPPM 2013-2025
Ke PADU
Institut KITA
Pembentangan KITA
Prof Syamsul Amri KITA
Semakan Modul Ketua Task Force En. Ashraf
Pandangan Jabatan Perpaduan Integrasi Negara
Lawatan dan Kajian ke SJKC
Lawatan Kajian ke SK
Lawatan dan Kajian SJKT
Lawatan Kajian Sekolah Bantual Modal
Pemimpin sekolah bantuan Modal
Tangga Pemikiran
Manusia yang mahu befikir mentaati penciptanya pasti menemui pintu keharmonian & kesejahteraan
hidup
Subscribe to:
Posts (Atom)