Penerapan Nilai-Nilai Murni
Ketiga-tiga Teras Perpaduan didokongi oleh nilai-nilai
murni berikut:
Kesederhanaan
Rakyat yang tergolong dalam kategori ini termasuklah
mereka yang sederhana dari segi pertuturan, berbelanja, berpakaian, makan
minum, serta sederhana dari segi aspek bekerja dan berehat.
Bagi pertuturan, sabda Rasulullah telah
menjelaskan bahawa “Bercakaplah menurut tingkat kecerdasan pendengar”
Sementara sederhana
dalam bekerja dan berehat bermaksud sentiasa menganggap kerja itu adalah suatu
ibadah dan melakukannya demi untuk membantu rakyat.
Rendah Hati (Tawadhuk’)
Untuk maju, sifat rendah hati juga perlu diamalkan dalam
diri setiap rakyat. Sifat sedia untuk mendengar, tidak sombong, tidak ego dan
tidak bongkak perlu diterapkan dalam diri kerana sesungguhnya Masyarakat
Malaysia menghargai orang yang merendah diri atau Tawadhuk.
Berbudi Bahasa
Sentiasalah amalkan sifat berbudi bahasa dengan siapa jua
sekalipun tanpa mengira status, kaum dan agama.
Setiap tutur kata harus
dijaga, tingkah laku harus tertib dan sentiasa bersopan santun ketika
berinteraksi.
Hormat-Menghormati
Setiap perbezaan yang ada di negara ini tidak kira
perbezaan kaum, agama, budaya dan kepercayaan haruslah dihormati dan dihargai
kerana itulah antara faktor yang menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang
unik di mata dunia.
Selain itu, hormatilah
juga dengan sejarah dan perjanjian yang berlaku pada satu ketika dahulu kerana
tanpa sejarah, tidak mungkin kita akan berada pada tahap kemodenan yang kita
sedang alami sekarang.
Sumber: Jabatan
Penerangan Malaysia
No comments:
Post a Comment